Submesingan M3
M3A1 dengan bontotnya dibuka
Submesingan, Cal. .45, M3/M3A1 (1942) digelar Grease Gun kerana rupanya. M3 merupakan submesingan blow back yang mula diguna pada Disember 1942 oleh tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II. Ia hanya boleh ditembak secara automatik sepenuhnya. Ia menggunakan peluru .45 ACP kaliber dalam kelopak 30-biji. Kadar tembakannya adalah 350-450 biji se-minit. Ia sepanjang 745mm, atau 570mm dengan pangkalnya dimasukkan. M3A1 digunakan semasa Perang Dunia II dan Perang Korea. Sejumlah 679,200 laras dihasilkan.
- M3 (1942) direka khusus bagi menggantikan submesingan Thompson dengan senjata yang lebih murah. Pengeluarannya dipermudahkan dengan menggunakan bahagian besi ditekan ( stamped). Beberapa kecacatan dijumpai pada awal dua tahun pertama digunakan. Kecacatan ini diperbaiki dalam model M3A1.
- M3A1 (1944) mempunyai ruang lentingan yang lebih besar dan spring penutup yang lebih kukuh. Ia juga direka agar dapat menerima peluru 9mm Parabellum dengan menukar laras dan bolt dan menambah adapter pada kelopak peluru. Selepas Perang Dunia II, laras yang bengkok dibuat untuk digunakan dengan M3A1. Pemampan kilauan ( flash suppressor ) dimajukan untuk kegunaan M3 dan M3A1.
Pengguna
Afghanistan:Digunakan semasa Perang Soviet di Afghanistan
Argentina
Austria
Bolivia
Brazil
Colombia
Burundi
Republik Rakyat China
Republik China
Cuba
Republik Dominika
Ecuador
Perancis
Yunani
Grenada
Guatemala
Haiti
Indonesia
Iran
Jepun
Korea Utara:Dirampas daripada Tentera Amerika Syarikat dan Tentera Darat Republik Korea semasa Perang Korea
Korea Selatan
Kerajaan Laos
Macedonia Utara
Maghribi
Malaysia
Norway
Filipina
Kesatuan Soviet
Thailand
Turki
United Kingdom
Amerika Syarikat
Vietnam Utara
Vietnam Selatan
Terdapat bukti bahawa Submesingan M3 juga pernah digunakan di Malaysia.Salah satu bukti ialah di Muzium Polis Diraja Malaysia.
Lihat juga
Senjata infantari tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II Mesingan Perang Dunia II