Shukery Hashim

Shukery Hashim
Kelahiran(1954-10-25)25 Oktober 1954
Pulau Langkawi, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia10 Jun 2009(2009-06-10) (umur 54)
Sebab kematianKanser pankreas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Keramat Ampang, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1975–2009
PasanganFaridah Mat Desa
Anak-anak5

Shukery Hashim (25 Oktober 1954 – 10 Jun 2009) merupakan pelakon lelaki Malaysia yang banyak bergiat aktif dalam drama dan filem.

Kehidupan peribadi

Shukery dilahirkan pada 25 Oktober 1954 di Kg Ewa Ayer Hangat Pulau Langkawi, Kedah.[1] Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.

Beliau berkahwin dengan Faridah Mat Desa dan mempunyai 5 orang anak.

Kerjaya

Shukery mula berlakon pada 1982. Beliau terbabit dalam drama radio pada 1975 di RTM. Drama lakonannya ialah Azimah (di samping Uji Rashid), Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.

Kematian

Shukery Hashim meninggal dunia pada 10 Jun 2009, 1.15 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Selangor akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu. Jenazah beliau dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang Selangor.[2]. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, Ampang.

Filemografi

Drama

Bergandingan dengan Noorkumalasari dalam Rahsia

Telefilem

  • Iktiraf (1986)
  • Keranamu Kekasih (1992)
  • Zaharul vs Zarina (2004)
  • Zaharul vs Zarina II (2005)
  • Cinta Keropok Lekor (2008)

Filem

Anugerah dan pencalonan

  • Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990;
  • Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan
  • Pelakon TV Lelaki Popular (ABPBH) 1994 (1995).

Rujukan

  1. ^ Isteri tidak sangka gurauan Shukery Hashim tempah kubur satu petanda.
  2. ^ Shukery Hashim meninggal dunia akibat kanser pankreas
  3. ^ Pelakon Shukery Hashim Meninggal Dunia

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
1992–2002
2003–04
2005–kini