Razaisyam Rashid

Razaisyam Rashid
Kelahiran (1985-06-28) 28 Jun 1985 (umur 39)
Kelantan, Malaysia
PendidikanSarjana Muda Sastera
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPengarah, penerbit, penulis skrip, penyunting filem
Tahun aktif2007–kini
PasanganFatimah Ruzaimi (k. 2022)
Anak-anak2

Razaisyam Rashid (lahir 28 Jun 1985) merupakan seorang pengarah, penerbit, penulis skrip dan penyunting filem Malaysia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (UM), beliau terkenal sebagai pengarah filem CEO (2014) dan Pusaka (2019).[1] Razaisyam pernah memenangi beberapa anugerah, termasuk Pengarah Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2016[2] dan Pengarah Terbaik Anugerah Telenovela 2018. Beliau juga pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia menerusi Pengarah Harapan (CEO) dan penyunting terbaik (One Two Jaga).

Kehidupan peribadi

Razaisyam berkahwin dengan penerbit filem yang juga merupakan pencipta syarikat produksi Alpha47 Films, Fatimah Ruzaimi pada 12 Disember 2022 dengan sekali lafaz akad.[3]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penulis Penyunting Penerbit
2007 My Indie Rock Darling Ya Ya Ya Tidak Dihasilkan oleh sahabat beliau, Rewan Ishak
2012 Tikam Ya Tidak Ya Tidak Filem pendek
2014 CEO Ya Tidak Ya Tidak Pengarahan sulung; juga sebagai pereka poster bersama Kukubesi
2015 Nadia Ngidam Cili Tidak Tidak Ya Ya Filem pendek
2016 Kisah Pelayaran Ke Terengganu Tidak Tidak Ya Tidak Filem dokumentari
Dukun Doktor Dani Tidak Tidak Ya Tidak
Bunga Bangsa Ya Tidak Ya Tidak Filem pendek
2018 Busker Tidak Tidak Tidak Pasca-produksi
One Two Jaga Tidak Tidak Ya Eksekutif Diarahkan oleh Namron
2019 Bella & Jamie Tidak Tidak Tidak Tidak Sebagai penyelaras pasca-produksi
Pusaka Ya Tidak Ya Pasca-produksi Menyunting bersama Safwan Salleh
2020 Roh Tidak Tidak Tidak Pasca-produksi
Mulut Masin Ya Tidak Ya Pasca-produksi
Saka Nan Sepi Ya Ya Ya Pasca-produksi Mengarahkan bersama Azri Azman
2022 Tujuh Hari Di Bawah Matahari[4] Ya Tidak Tidak Tidak Filem pendek untuk Raya Aidilfitri 2022 oleh Astro
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Tidak Tidak Tambahan Tidak Penyunting tambahan bersama Kroll Azry
Rahsia Tidak Tidak Ya Tidak Menyunting bersama Hapil Zan Mazlan
2025 Kahar: Kapla High Council Ya Ya Ya Pasca-produksi Menyunting bersama Chulat; dalam produksi

Telefilem

Sebagai pengarah kecuali dinyatakan
Tahun Tajuk Catatan
2014 P.I - Private Investigation
2015 Aku, Dia & Tong Gas Sebagai penyunting
2016 Fatin Memenangi Anugerah Skrin 2016[2]
2017 Petanda
Kekasih Elektrik
Aku, Mawar & Makhluk Asing
Hamba Iblis Juga sebagai penyunting

Siri televisyen

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Saluran Catatan
Pengarah Penulis Penyunting Penerbit
2017 Ketupat Rendang Brownies Coklat[5] Ya Tidak Tidak Tidak TV3
Mandatori Ya Tidak Ya Tidak Astro First
2019 Sembil9n[6] Ya Tidak Ya Tidak Astro Citra
Black Ya Tidak Tidak Tidak Viu Mengarahkan bersama Kroll Azry (Musim 1)
2021 Projek: Anchor SPM Ya Tidak Ya Tidak Astro Citra Mengarahkan bersama Anwari Ashraf[7] dan menyunting bersama Irwan Ahmad
2024 I.D.[8] Ya Cerita Ya Pasca-produksi Astro Premier Menyunting bersama Chulat

Bibliografi

  • Razaisyam Rashid (2014). Joni dan Rabi. Sang Freud Press. ISBN 9789670596051

Rujukan

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir dan Ramlah Zainal (27 Mac 2017). Pelakon hebat pun tak macam ni! - Razaisyam Rashid Harian Metro. Dicapai pada 1 November 2017.
  2. ^ a b "'Fatin' Drama Terbaik Anugerah Skrin 2016 - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2016-11-19. Dicapai pada 2024-06-29.
  3. ^ Razaisyam Rahsid [@razaisyamrashid] (2022-12-15). "Video kahwin versi @matchulsssss". Dicapai pada 2024-06-29 – melalui Instagram.
  4. ^ "'7 Hari Di Bawah Matahari' angkat kisah perjuangan pasca Covid-19, selit mesej erti kehidupan berdepan endemik - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-22. Dicapai pada 2024-06-29.
  5. ^ "Ketupat Rendang Brownies Coklat (TV3)". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2017-06-03. Dicapai pada 2024-06-29.
  6. ^ "Razaisyam Rashid: "Sembilan" is heavier than "Pusaka"". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2019-12-05. Dicapai pada 2024-06-29.
  7. ^ "Double The Fun! Razaisyam Perjelas Sebab Projek: Anchor SPM Perlu 2 Pengarah! Lagi Best Ke?". gempak.com. Dicapai pada 2024-06-29.
  8. ^ "Drama I.D, Angkat Isu Jenayah Siber, Bakal Tayang 23 Februari Ini!". gempak.com. Dicapai pada 2024-06-29.

Pautan luar