Qabil Khushry Qabil Igam

Qabil Khushry Qabil Igam
PengarahZaili Sulan
PenulisAzlina Pa'wan
Lakon layarZaili Sulan
Dihasilkan olehAzlina Pa'wan
Dibintangi
  • Hans Isaac
  • Rusdi Ramli
  • Erra Fazira
  • Ziana Zain
SinematografiIndra Che Muda
Disunting olehKRU Film
Diedarkan olehGrand Brilliance
Tarikh tayangan
  • 8 Februari 2007 (2007-02-08) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

ialah sebuah filem drama Malaysia 2007 yang mula ditayangkan pada 8 Februari 2007. Edaran Grand Brilliance. Tajuk filem ini merujuk kepada Kabhi Kushie Kabhie Gham namun jalan cerita nya sahaja yan berbeza.

Sinopsis

Sebuah kisah cinta yang berkisah tentang dua orang adik-beradik bernama Qabil Khushry dan Qabil Igam, anak kepada Ismail dan Tijah. Qabil Khushry amat sayang akan adiknya semenjak dari adiknya di dalam kandungan ibunya. Ketika dewasa, Rani jatuh hati kepada Khushry manakala adiknya, Karisma memuja Igam walaupun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenalan Igam. Bagaimanapun, kerana satu kesilapan, mereka sekeluarga bagaikan tersepit, lalu satu keputusan terpaksa dibuat yang membabitkan satu pergorbanan yang besar.

Pelakon

  • Hans Isaac sebagai Qabil Khushry
  • Rusdi Ramli sebagai Qabil Igam
  • Erra Fazira sebagai Karisma
  • Ziana Zain sebagai Rani
  • Rahim Razali sebagai Ismail
  • Fauziah Nawi sebagai Tijah
  • Hisham Ahmad Tajuddin sebagai Saat
  • Maimon Mutalib sebagai Cik Som
  • Izi Yahya sebagai Asrul (antagonist utama)
  • Mak Jah sebagai Mak Long
  • Zami Ismail sebagai Pak Long
  • Rosnah Mat Aris sebagai Mak Bidan
  • Catriona Ross sebagai Doktor
  • Mariaty Hussin sebagai Mak Andam
  • Ramli Saleh sebagai Rahim
  • Zack Taipan sebagai Perogol

Pautan luar