Padang Kota

Padang Kota merupakan satu kawasan di bandaraya George Town. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Tanjung. Padang Kota terbahagi kepada dua bahagian iaitu Padang Kota Lama dan Padang Kota Baru. Di sini beberapa acara penting selalu diadakan seperti sambutan hari kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru, dan acara santai yang lain.

Padang Kota menghadap ke arah laut. Dari Padang Kota , pengunjung dapat melihat Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ke tanah besar dengan jelas dan juga feri Pulau Pinang berselisih membawa penumpang dan kenderaan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim ke Pangkalan Raja Tun Uda. Di Padang Kota Lama, terdapat bangunan bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis. Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack di Kota Cornwallis. Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas. Walaupun British tidak lagi menjadi pentadbir di Pulau Pinang, tetapi legasi British dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota.

Padang kota menjadi tumpuan pelancong dan penduduk yang inginkan ketenangan dan menikmati makanan popular Pulau Pinang iaitu nasi kandar ,pasembor, cendol dan juga laksa. Kebanyakan pengunjung Padang Kota gemar untuk melepak di tembok benteng laut untuk merasai angin bertiup sambil bersantai. Benteng dibina di tepi laut bagi menghalang hakisan ombak. Walau bagaimanapun, disebabkan keadaan air laut yang tidak dapat dijangka di tebing padang kota, pengunjung tidak berani untuk mandi. Ia boleh menjadi pasang secara tiba-tiba dan berbahaya. Semasa Tsunami 2004, air laut di sini telah melepasi benteng dan menyebabkan air melimpah ke luar. Untuk berkelah, tempat yang sesuai ialah Pantai Moon Light di Batu Feringghi, Tanjung Bungah dan sekitarnya.

Beberapa bangunan terdapat di sekitar Padang Kota ialah Town Hall, City Hall dan Dewan Sri Pinang. Untuk ke padang kota, ia mengambil lebih kurang 20 minit selepas Jambatan Pulau pinang dan mengikut keadaan lalu lintas. Keadaan lalu lintas menuju ke arah Pusat bandarraya Georgetown dan ke Bayan Lepas sangat sesak pada waktu pagi, tengah hari, petang dan hujung minggu.


  • l
  • b
  • s
Bendera Pulau Pinang Pulau Pinang Pulau Mutiara Lambang Pulau Pinang
Ibu Negeri: George Town
Topik
Masyarakat
  • Senibina
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Tarikan pelancong
Bahagian pentadbiran
Ibu Negeri
Bandar raya
Daerah
Pinggir bandar
Hab kediaman
Hab kediaman lama
Pulau
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Pulau Pinang Bahagian pilihan raya di Pulau Pinang
   

P041 Kepala Batas
N01 Penaga
N02 Bertam
N03 Pinang Tunggal

P042 Tasek Gelugor
N04 Permatang Berangan
N05 Sungai Dua
N06 Telok Ayer Tawar

P043 Bagan
N07 Sungai Puyu
N08 Bagan Jermal
N09 Bagan Dalam

P044 Permatang Pauh
N10 Seberang Jaya
N11 Permatang Pasir
N12 Penanti

P045 Bukit Mertajam
N13 Berapit
N14 Machang Bubuk
N15 Padang Lalang

P046 Batu Kawan
N16 Perai
N17 Bukit Tengah
N18 Bukit Tambun

P047 Nibong Tebal
N19 Jawi
N20 Sungai Bakap
N21 Sungai Acheh

P048 Bukit Bendera
N22 Tanjong Bunga
N23 Air Putih
N24 Kebun Bunga
N25 Pulau Tikus

P049 Tanjong
N26 Padang Kota
N27 Pengkalan Kota
N28 Komtar

P050 Jelutong
N29 Datok Keramat
N30 Sungai Pinang
N31 Batu Lancang

P051 Bukit Gelugor
N32 Seri Delima
N33 Air Itam
N34 Paya Terubong

P052 Bayan Baru
N35 Batu Uban
N36 Pantai Jerejak
N37 Batu Maung

P053 Balik Pulau
N38 Bayan Lepas
N39 Pulau Betong
N40 Telok Bahang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Kategori