Nobuta Wo Produce

Nobuta wo Produce atau Penghasilan Nobuta (野ブタ。をプロデュース) merupakan sebuah drama Jepun yang pernah ditayangkan di stesen televisyen Jepun iaitu Nippon TV dari 15 Oktober sehingga 17 Disember 2005.

Sinopsis

Templat:Spoiler

Cenderamata yang dihasilkan oleh Nobuta

Drama ini mengisahkan dua orang rakan Shuji dan Akira yang ingin mengubah seorang pelajar baru yang pendiam iaitu Nobuko atau Nobuta menjadi seorang yang amat terkenal di sekolah.

Shuji merupakan pelajar yang amat terkenal di sekolah.Dia mempunyai adik bernama Koji.Emaknya bekerja di luar negara dan jarang berada di rumah.kekasihnya bernama mariko

Akira pula merupakan seorang yang mempunyai ayah yang sangat kaya tetapi tidak tinggal bersama.Akira merupakan seorang yang sangat ceria dan gila-gila,disebabkan perangainya yang sebegitu dia kurang mendapat perhatian didalam kelas

Nobuta sering dibuli kawan-kawan sekelasnya kerana dia terlalu pendiam.Nobuta mempunyai ayah tiri tetapi dia tidak dapat menerimanya.Pelbagai cara yang dilakukan mereka bertiga dalam menjadikan Nobuta terkenal.Namun terdapat pelbagai halangan yang ditempuhi mereka.lama kelamaan mereka bertiga menjadi sahabat baik.. namun persahabatan mereka tiada seorang pun tahu,mereka menyembunyikanya

Pelakon dan Watak

Kumpulan Penghasilan Nobuta, dari kiri Nobuta, Shuji dan Akira
Mariko berminat kepada Shuji
  • Kamenashi Kazuya - Kiritani Shuji (桐谷修二) - pelajar kelas 2B yang berjanji akan mengubah Nobuta menjadi seorang yang terkenal di sekolah.
  • Yamashita Tomohisa - Kusano Akira (草野彰) - rakan Shuji yang juga ingin membantu Shuji.
  • Horikita Maki - Kotani Nobuko (atau Nobuta) (小谷信子) - seorang yang amat pendiam.
  • Toda Erika - Uehara Mariko (上原真理子) - amat menyukai Shuji dan sering makan bersamanya.
  • Ukaji Takashi - Kiritani Satoru - ayah Shuji
  • Nakajima Yuto - Kiritani Koji - adik Shuji
  • Okada Yoshinori - Yokoyama Takeshi
  • Ishii Tomoya
  • Takahashi Katsumi - Hirayama Ippei
  • Natsuki Mari
  • Mizuta Fumiko - Bando - rakan sekelas sering membuli Nobuta
  • Daito Shunsuke - Taniguchi
  • Tajima Hanami - Inoue Misa
  • Akiko
  • Suetaka Tomu

Lagu Tema

  • Lagu Seishun Amigo yang dinyanyikan oleh Shuji to Akira (gabungan istimewa Kamenashi Kazuya dari kumpulan KAT-TUN dan Yamashita Tomohisa dari kumpulan News).

Anugerah

  • 47th Television Academy Awards: Drama Terbaik
  • 47th Television Academy Awards: Pelakon Lelaki Terbaik: Kamenashi Kazuya
  • 47th Television Academy Awards: Pelakon Pembantu Terbaik: Horikita Maki
  • 47th Television Academy Awards: Pengarah Terbaik
  • 47th Television Academy Awards: Skrip Terbaik
  • 47th Television Academy Awards: Muzik Terbaik

pautan luar

  • http://www.ntv.co.jp/nobuta/ (dalam bahasa Jepun)