Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia 2008

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara 2008 (Bahasa Inggeris:The Public Accounts Committee (PAC)) ialah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia yang dipilih selepas mulanya parlimen ke-12 pada 2008. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato' Seri Azmi Khalid.

Peranan PAC

  • Sebarang perakaunan badan pentadbiran kebangsaan dan persatuan-persatuan yang mengendalikan dana di Parlimen;
  • Kenyataan Perakaunan kebangsaan di Parlimen; dan

Jawatankuasa ini mempunyai kuasa untuk memanggil sesiapa sahaja yang dipanggil berkaitan Parlimen.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara

Ahli-ahli jawatankuasa bagi penggal 2008 adalah seperti berikut:-

  • Pengerusi ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Azmi bin Khalid (BN – UMNO)
  • Naib Pengerusi ialah Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw (DAP)
  • Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Mohamed - Ahli bagi kawasan Pulai (BN-UMNO)
  • Yang Berhormat Puan Tan Ah Eng - Ahli bagi kawasan Gelang Patah (BN-MCA)
  • Yang Berhormat Tuan Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ahli bagi kawasan Ledang (BN-UMNO)
  • Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Mojilip b. Bumburing@Wilfred - Ahli bagi kawasan Tuaran (BN-UPKO)
  • Yang Berhormat Tuan Liang Teck Meng - Ahli bagi kawasan Simpang Renggam (BN-GERAKAN)
  • Yang Berhormat Tuan Alexander Nanta Linggi - Ahli bagi kawasan Kapit (BN-PRS)
  • Yang Berhormat Tuan Lee Chee Leong - Ahli bagi kawasan Kampar (BN-MCA)
  • Yang Berhormat Dato' HajiAbdul Rahman bin Haji Dahlan - Ahli bagi kawasan Kota Belud (BN-UMNO)
  • Yang Berhormat Tuan Kamarul Baharin bin Abbas - Ahli bagi kawasan Teluk Kemang (PKR)
  • Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen - Ahli bagi kawasan Selayang (PKR)
  • Yang Berhormat Dato' Haji Kamaruddin Jaafar - Ahli bagi kawasan Tumpat (PAS)
  • Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam Wee - Ahli bagi kawasan Petaling Jaya Utara (DAP)

Isu-Isu Kontroversi

Isu pembelian Eurocopter

PAC telah mengadakan mesyuaratnya pada 29 dan 30 Oktober 2008, bagi mengkaji secara terperinci segala isu yang berkaitan dengan pembelian Eurocopter EC725 yang menggantikan helikopter Nuri.[1]Pada 29 Oktober 2008, penilaian awal yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati aspek teknikal pembelian helikopter Eurocopter EC725 dibuat secara profesional. Pada 3 November 2008, PAC mendapati tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar.

  1. ^ [1], "PAC adakan mesyuarat 29-30 Oktober bincang isu Eurocopter", Utusan Online, 23 Oktober 2008.