Hu Pang Chaw

Hu Pang Chaw ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan di antara pengasas Kelab Penyokong PAS (KPP) yang ditubuhkan sebagai sayap keempat dalam Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 2004 untuk menarik sokongan pengundi Bukan Islam di Malaysia. Beliau kemudian dijadikan sebagai Pengerusi KPP dan kemudian KPP dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada tahun 2010 hingga dilucutkan jawatan pada tahun 2014. Pada 18 Julai 2015[1], beliau bertindak meninggalkan PAS dan tidak lama kemudian beliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Hu Pang Chaw
Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH)
Penjawat kini
Memegang jawatan
2015
PresidenMohamad Sabu
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS
Dalam jawatan
2010–2014
Didahului olehDinaik taraf daripada Kelab Penyokong PAS
Digantikan olehBalasubramaniam Nachiappan
Pengerusi Kelab Penyokong PAS
Dalam jawatan
2004–2010
Didahului olehKelab baharu
Digantikan olehKelab Penyokong PAS dinaik taraf status Dewan Himpunan Penyokong PAS
Butiran peribadi
Lahir1955 (69 tahun)
Parti politik (2015-kini)
(1999-2015)
(-1999)
PekerjaanAhli Politik
ProfesionWartawan
Guru

Pengerusi Pertama Kelab Penyokong PAS (KPP) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)

PAS mengambil langkah progresif untuk menarik pengundi bukan Islam/Melayu dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa iaitu Kelab Penyokong PAS. KPP kemudian dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS dan dianggap sebagai dewan keempat di dalam PAS yang setaraf dengan Dewan Ulama PAS, Dewan Wanita PAS dan Dewan Pemuda PAS.

Hu Pang Chaw berkhidmat sebagai Pengerusi DHPP dari tahun 2010 hingga 2014. Beliau dilucutkan jawatan tersebut pada tahun 2014 tanpa sebarang sebab menurut beliau. Beliau digantikan oleh Balasubramaniam Nachiappan.

Calon Bukan Islam Pertama PAS

Hu Pang Chaw telah dicalonkan oleh PAS di Parlimen Ayer Hitam pada PRU-13 (2013) dan merupakan calon pertama PAS yang bukan beragama Islam dalam sejarah sejak penubuhannya pada tahun 1951.

Walau bagaimanapun, PAS pernah mencalonkan bukan Melayu pertama dalam sejarah iaitu Anuar Tan Abdullah di DUN Kota Lama pada PRU-10 (1999) dan menang. PAS juga pernah mencalonkan calon bukan Islam berketurunan India iaitu Kumutha A/P Rahman di DUN Tiram namun demikian atas tiket PKR bukan PAS seperti Hu Pang Chaw dan beliau tewas kepada calon BN-UMNO Maulizan Bujang.

Keputusan Pilihan Raya

Rujukan

  1. ^ https://m.malaysiakini.com/news/305469