Bendera isyarat maritim antarabangsa

Susunan bendera isyarat di jambatan kapal Liberty SS Jeremiah O'Brien

Sistem bendera isyarat maritim antarabangsa ialah satu cara melambangkan huruf-huruf abjad dengan menggunakan isyarat antara kapal, sebagai salah satu komponen Kod Isyarat Antarabangsa.[1]

Terdapat palbagai cara untuk menggunakan bendera sebagai isyarat:

  • setiap bendera mengejakan mesej berabjad, huruf demi huruf.
  • setiap bendera individu membawa erti tersendiri dan piawai[2]; contohnya, kapal sokongan penyelam mengibarkan "bendera A" untuk menyatakan kesukaran bergerak dari kedudukan semasa kerana ada penyelam yang sedang menyelam dalam air.
  • bendera yang membentuk kata kod yang ertinya boleh dirujuk dalam buku panduan kod yang dipegang oleh semua pihak yang terlibat. Contoh: kod nombor Popham digunakan dalam Pertempuran Trafalgar.
  • dalam sukan lumba kapal layar dan dingi, bendera membawa maksud lain, contoh: bendera P digunakan sebagai bendera "persediaan" untuk menandakan perlumbaan bakal bermula, manakala bendera S bermaksud "perjalanan dipendekkan" (untuk butiran lanjut, rujuk Isyarat Perlumbaan).

NATO menggunakan bendera yang sama, sebilangan kecilnya hanya digunakan oleh kapal perang, untuk mengantar mesej rahsia. Penggunaan NATO banyak berbeza dari pengertian Kod Isyarat Antarabangsa, oleh itu kapal perang perlu mengibarkan bendera Code/Answer di atas isyaratnya untuk menandakan mesejnya harus dibaca mengikut pengertian Antarabangsa.

Bendera huruf (dengan pengertian ICS)

  • A (Alfa) "Ada penyelam dalam air; jauhkan diri dan berlayar perlahan." Dengan tiga angka, azimut atau bearing.
    A (Alfa)
    "Ada penyelam dalam air; jauhkan diri dan berlayar perlahan."
    Dengan tiga angka, azimut atau bearing.
  • B (Bravo) "Kami sedang memasukkan, atau mengeluarkan, atau mengangkut bahan berbahaya." (Asalnya digunakan oleh Tentera Laut Diraja khususnya untuk bahan letupan tentera.)
    B (Bravo)
    "Kami sedang memasukkan, atau mengeluarkan, atau mengangkut bahan berbahaya." (Asalnya digunakan oleh Tentera Laut Diraja khususnya untuk bahan letupan tentera.)
  • C (Charlie) "Sudah tentu." * ** Dengan tiga angka, haluan dalam darjah magnetik.
    C (Charlie)
    "Sudah tentu." * **
    Dengan tiga angka, haluan dalam darjah magnetik.
  • D (Delta) "Jauhkan diri; kami mengalami kesukaran mengemudi kapal." Dengan dua, empat atau enam angka, tarikh.
    D (Delta)
    "Jauhkan diri; kami mengalami kesukaran mengemudi kapal."
    Dengan dua, empat atau enam angka, tarikh.
  • E (Echo) "Kami mengubah haluan ke kanan."**
    E (Echo)
    "Kami mengubah haluan ke kanan."**
  • F (Foxtrot) "Kapal ini hilang upaya; berhubung dengan kami." (Jika dikibarkan oleh kapal induk pesawat udara; "Amaran; operasi penerbangan sedang dijalankan.")
    F (Foxtrot)
    "Kapal ini hilang upaya; berhubung dengan kami." (Jika dikibarkan oleh kapal induk pesawat udara; "Amaran; operasi penerbangan sedang dijalankan.")
  • G (Golf) "Kami memerlukan malim." Apabila dikibarkan oleh kapal perikanan yang dekat dengan kawasan perikanan, ertinya: "Kami sedang menarik jaring." Dengan empat atau lima angka, longitud. (Dua angka terakhir menandakan minit, sebelihnya darjah.)
    G (Golf)
    "Kami memerlukan malim."
    Apabila dikibarkan oleh kapal perikanan yang dekat dengan kawasan perikanan, ertinya: "Kami sedang menarik jaring."
    Dengan empat atau lima angka, longitud. (Dua angka terakhir menandakan minit, sebelihnya darjah.)
  • H (Hotel) "Ada malim dalam kapal."
    H (Hotel)
    "Ada malim dalam kapal."
  • I (India) "Kami mengubah haluan ke kiri."**
    I (India)
    "Kami mengubah haluan ke kiri."**
  • J (Juliet) "Kapal ini terbakar dan mengangkut barang muatan berbahaya: jauhkan diri," atau "Kami kebocoran barang muatan berbahaya."
    J (Juliet)
    "Kapal ini terbakar dan mengangkut barang muatan berbahaya: jauhkan diri," atau "Kami kebocoran barang muatan berbahaya."
  • K (Kilo) "Kami hendak berhubung dengan anda." Dengan satu angka, "Kami hendak berhubung dengan anda melalui..."; 1) isyarat Morse dengan panji-panji atau lengan; 2) Pelaung suara; 3) Lampu isyarat Morse; 4) Isyarat bunyi.
    K (Kilo)
    "Kami hendak berhubung dengan anda." Dengan satu angka, "Kami hendak berhubung dengan anda melalui..."; 1) isyarat Morse dengan panji-panji atau lengan; 2) Pelaung suara; 3) Lampu isyarat Morse; 4) Isyarat bunyi.
  • L (Lima) Di pelabuhan: "Kapal ini sedang dikuarantin." Di laut: "Tolong hentikan kapal dengan segera." Dengan empat angka, latitud. (Dua angka pertama dalam darjah, selebihnya dalam minit.)
    L (Lima)
    Di pelabuhan: "Kapal ini sedang dikuarantin."
    Di laut: "Tolong hentikan kapal dengan segera."
    Dengan empat angka, latitud. (Dua angka pertama dalam darjah, selebihnya dalam minit.)
  • M (Mike) "Kapal ini terhenti dan tidak dapat berjalan merentasi air."**
    M (Mike)
    "Kapal ini terhenti dan tidak dapat berjalan merentasi air."**
  • N (November) "Tidak."*
    N (November)
    "Tidak."*
  • O (Oscar) "Orang jatuh laut."** Jika diterbalikkan, menjadi bendera semafor.
    O (Oscar)
    "Orang jatuh laut."**
    Jika diterbalikkan, menjadi bendera semafor.
  • P (Papa) Blue Peter. Di pelabuhan: Semua kakitangan mesti melapor diri dalam kapal kerana kapal akan berlepas ke laut. Di laut: Boleh digunakan oleh kapal perikanan untuk menyatakan: "Jaring kami terkena hambatan dalam laut."
    P (Papa)
    Blue Peter.
    Di pelabuhan: Semua kakitangan mesti melapor diri dalam kapal kerana kapal akan berlepas ke laut.
    Di laut: Boleh digunakan oleh kapal perikanan untuk menyatakan: "Jaring kami terkena hambatan dalam laut."
  • Q (Quebec) "Kapal kami 'sihat' dan kami memohon pratik bebas."
    Q (Quebec)
    "Kapal kami 'sihat' dan kami memohon pratik bebas."
  • R (Romeo) "Kapal ini tidak bergerak." Dengan sekurang-kurangnya satu angka, jarak dalam batu nautika.
    R (Romeo)
    "Kapal ini tidak bergerak."
    Dengan sekurang-kurangnya satu angka, jarak dalam batu nautika.
  • S (Sierra) "Kapal ini sedang bergerak mengundur." ** Dengan sekurang-kurangnya satu angka, kelajuan dalam knot.
    S (Sierra)
    "Kapal ini sedang bergerak mengundur." **
    Dengan sekurang-kurangnya satu angka, kelajuan dalam knot.
  • T (Tango) "Jauhkan diri; pukat tunda berpasang sedang digunakan." Dengan empat angka, waktu tempatan. (Dua angka depan ialah jam, dan selebihnya minit.)
    T (Tango)
    "Jauhkan diri; pukat tunda berpasang sedang digunakan."
    Dengan empat angka, waktu tempatan. (Dua angka depan ialah jam, dan selebihnya minit.)
  • U (Uniform) "Anda sedang menuju ke kawasan bahaya."
    U (Uniform)
    "Anda sedang menuju ke kawasan bahaya."
  • V (Victor) "Kami memerlukan bantuan." Dengan sekurang-kurangnya satu angka, kelajuan dalam kilometer sejam.
    V (Victor)
    "Kami memerlukan bantuan."
    Dengan sekurang-kurangnya satu angka, kelajuan dalam kilometer sejam.
  • W (Whiskey) "Bantuan perubatan diperlukan."
    W (Whiskey)
    "Bantuan perubatan diperlukan."
  • X (Xray) "Tolong hentikan segala rancangan anda dan nantikan isyarat kami."
    X (Xray)
    "Tolong hentikan segala rancangan anda dan nantikan isyarat kami."
  • Y (Yankee) "Kami sedang menyeret sauh."
    Y (Yankee)
    "Kami sedang menyeret sauh."
  • Z (Zulu) "Kapal tunda diperlukan." Jika dikibarkan oleh kapal perikanan yang berdekatan dengan kawasan perikanan, ertinya: "Jaring sedang dilepaskan." Dengan sekurang-kuragnya satu angka, waktu (UTC). (Dua angka depan ialah jam, dan selebihnya minit.)
    Z (Zulu)
    "Kapal tunda diperlukan."
    Jika dikibarkan oleh kapal perikanan yang berdekatan dengan kawasan perikanan, ertinya: "Jaring sedang dilepaskan."
    Dengan sekurang-kuragnya satu angka, waktu (UTC). (Dua angka depan ialah jam, dan selebihnya minit.)

*   N dan C (No dan Yes) dikibarkan bersama-sama membentuk isyarat kecemasan.

** Juga boleh diisyaratkan oleh siulan kapal dengan kod Morse. Lihat Kod Isyarat Antarabangsa.

Lihat juga

  • Abjad fonetik NATO
  • Heliograf
  • Isyarat bendera
  • Kod Isyarat Antarabangsa
  • Lampu isyarat
  • Pengekodan aksara
  • Semafor

Rujukan

  1. ^ International Marine Signal Flags
  2. ^ AB Nordbok. "The Lore of Ships", page 138. New York: Crescent Books, 1975.

Pautan luar

  • John Savard's flag page. Collection of different flag systems.
  • Freeware to aid memorizing the flags
  • La flag-alfabeto - signal flags used for the Esperanto language - the flags for the Esperanto letters with diacritical marks have the lighter color in the normal flag replaced with light green, which is not used in any normal flag.

Templat:Writing systems