Bandar Taiping

Taiping
تايڤيڠ
தைப்பிங்
Klian Pauh
Ibu Daerah
Jalan Kota ketika malam
Jalan Kota ketika malam
Mohor rasmi Taiping
Mohor
Nama panggilan: Bandar Warisan & Bandar Hujan
NegaraMalaysia
NegeriPerak
DaerahLarut, Matang & Selama
Pentadbiran
 • JenisPerbandaran
 • Yang DipertuaEncik Khairul Amir Bin Mohamad Zubir, AMP [1]
 • Orang Besar JajahanYABhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd Isa bin Dato' Seri Haji Wan Ahmad [2]
 • Pegawai DaerahMohamed Akmal bin Dahalan[3]
 • Wakil RakyatTeh Kok Lim [4]
 • Penghulu MukimTuan Haji Shaharuddin bin Harun[5]
Keluasan
 • Jumlah186.46 km2 (71.99 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah212,562
 • Kepadatan1,197/km2 (3,100/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
34xxx
Kod kawasan05
Laman sesawangMajlis Perbandaran Taiping (MPT)

Bandar Taiping merupakan bandar warisan bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga dengan ukuran yang bersaiz kecil .

Taiping juga merupakan sebuah pusat bandar lama di Malaysia seperti Pulau Pinang terletak ke utara bandaraya Ipoh. Taiping juga terletak di antara Ipoh dan Butterworth. Daerah Taiping juga berhubung hingga ke pekan Selama dan daerah Krian di Perak. Kereta api baharu Malaysia (ETS) juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam pantas ke Ipoh dan ke Kuala Lumpur

Sejarah

Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan antara pertubuhan pelombong Cina[6] yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

  • 1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Binaan dan Kemudahan

Taiping mempunyai hasil binaan dan kemudahan pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering diberi jolokan "yang pertama" di sidang penulisan bercetak [7]mahupun elektronik [8]. Diantara hasil binaan dan kemudahan yang pertama dibangunkan di Malaysia ialah:

  • Bangunan Telegraf di bandar ini dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping. [9]
  • Bukit Larut atau Maxwell Hill, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan tinggi tertua di Malaysia. [10]
  • Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari, dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. [11]
  • Landasan kereta api yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak ₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport. [12]
  • Muzium Perak
  • Penjara Taiping atau pada awalnya dikenali sebagai "Taiping Gaol" dibina pada 1879.[13]
  • Sekolah King Edward VII merupakan sekolah Bahasa Inggeris pertama dibangunkan pada tahun 1883.
  • Taman Tasik Taiping
  • Zoo Taiping

Pulau Kelumpang

Pada 1987, Pulau Kelumpang diisytiharkan kawasan bersejarah kerana terdapat artifak 1000 tahun. Artifak ini hasil ekskavasi Jabatan Muzium dan Arkib Negara. Pelbagai artifak purba ditemui. Antaranya tengkorak manusia, rangka manusia, kubur, periuk belanga, manik hiasan dan sebagainya. Semua bahan ini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong.

Kesan-kesan arkeologi Melayu Proto telah dijumpai di Kompartmen 11 seluas 10.3 hektar di Pulau Kelumpang dan mempunyai 5 buah pulau kecil seluas lebih kurang antara 1 hektar hingga 3 hektar. Tapak ini sungguh istimewa kerana merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang wujud di Asia Tenggara.

Populasi

Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 212,562 orang. Taiping merupakan bandar yang majoriti penduduk terdiri daripada kaum Cina. Taiping merupakan bandar kedua selepas ibu negeri Ipoh yang diduduki oleh kaum Cina di negeri Perak. Pada 2018, pengundi Taiping terdiri daripada 46% Cina, 38% Melayu, 13% India, dan 3% etnik lain-lain. (ke-29).

Lokasi

Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur.

Pekan-pekan yang berhampiran dengan Taiping ialah Aulong, Assam Kumbang, Simpang, Trong, Sungai Tinggi, Pokok Assam, Changkat Jering, Batu Kurau dan Kamunting.

Muka bumi

Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat. terdapat juga sebuah sekolah berasrama penuh di sini.

Pentadbiran

Daerah Larut, Matang dan Selama ditadbir dan diurus oleh 2 pihak berkuasa tempatan iaitu:

Majlis Perbandaran Taiping

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 1714, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar.

  • 1874 Penubuhan Lembaga Kebersihan / Kesihatan (Sanitary Board)
  • 1930 Lembaga Bandaran ditubuhkan melalui Akta Lembaga Bab 137
  • 1956 Majlis Perbandaran Berautonomi Kewangan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
  • 1/7/1977 Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
  • 1/9/1979 Penubuhan Majlis Perbandaran Taiping (Keluasannya ialah 139.89 km persegi)

Majlis Perbandaran Taiping menguruskan kawasan seluas 186.46 km persegi dan meliputi 12 mukim iaitu :

  • 111.47 km persegi adalah kawasan operasi iaitu kawasan yang diberi perkhidmatan dan dikenakan cukai taksiran tahunan
  • 74.99 km persegi adalah kawasan kawalan iaitu kawasan yang tidak diberi perkhidmatan tetapi pembangunan terkawal dan tidak tikenakan cukai taksiran tahunan.

Pasukan keselamatan

Taiping merupakan kawasan pembentukan pasukan keselamatan terawal di Malaysia oleh British. 1880-an Ngah Ibrahim selaku Menteri Larut terpaksa setuju menerima Kapten Speedy mengawasi kongsi gelap Ghee Hin di Larut kerana pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh Ngah Ibrahim tidak berkesan.

Hasil rundingan, Kapten Tristam Speedy telah ke utara india iaitu di kawasan Punjab untuk mengambil rekrut dari kalangan Sikh untuk menjadi polis, tentera dan pengawal.

Kebanyakan mereka orang Sikh ini menganggotai :

  • Pasukan Perak Armed Police (PAP) 1877-1884
  • First Battalion Perak Sikhs (FBPS) 1884-1896
  • Malay States Guides (MSG) 1896-1919

Ketiga-tiga pasukan ini berpusat di Taiping.

Pusat Membeli-belah dan Pasaraya

  • AEON Mall Taiping
  • The Store
  • Taiping Sentral Mall
  • Taiping Mall
  • Giant
  • Tesco
  • Rain Town Plaza
  • Pasaraya KU Taiping
  • Pasaraya Wah Seah Maju Taiping

Keagamaan

Waktu solat, iftar dan imsak

Di bulan Ramadhan, Taiping berada di Zon 6 bagi negeri Perak. Untuk waktu solat, Taiping juga berada di Zon 6 bagi Waktu Solat Negeri Perak

Masjid

  • Masjid Al-Falah, Taman Sri Kota 34000 Taiping
  • Masjid At-Taufiqiah Khairiah, Kampung Pokok Assam 34000 Taiping
  • Masjid Daerah Taiping, Jalan Kampung Jambu 34000 Taiping
  • Masjid Hanafi, Jalan Temenggong 34000 Taiping
  • Masjid India Muslim, 34000 Taiping
  • Masjid Al-ansar, Kampung Balik Bukit Jalan Kerian 34020 Taiping
  • Masjid Ar-ridzuaniah, Kampung Selamat, Jalan Kerian 34020 Taiping
  • Masjid Pondok Tanjung, 34010 Taiping
  • Masjid Kampung Air Kuning, Kampung Air Kuning 34000 Taiping
  • Masjid Kampung Batu 8, Kampung Batu 8, Jalan Trong 34850 Changkat Jering
  • Masjid Nurul Islam, d/a 1024 Lorong 49 Aulong 34000 Taiping
  • Masjid Al-Islah, Kampung Pengkalan Aur Jalan Simpang 34000 Taiping
  • Masjid Telekom, Jalan Lumba Kuda 34000 Taiping
  • Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, 34000 Taiping
  • Masjid Lama Bandar Taiping, Jalan Kota, 34000 Taiping
  • Masjid Jamek Al-Istiqlal, Taman Mewah, Kamunting, 34600 Taiping
  • Masjid Maimun, Kg. Jana Baru, Kamunting, 34600 Taiping
  • Masjid Kampung Expo, Expo, Kamunting, 34600 Taiping
  • Masjid Jamek Kamunting, Kamunting, 34600 Taiping
  • Masjid Taman Yayasan, Kamunting, 34600 Taiping
  • Masjid Kampung Pasir, Kamunting. 34600 Taiping

Rujukan

  1. ^ "Profil YDP". Majlis Perbandaran Taiping. 2019.
  2. ^ Orang Besar Jajahan
  3. ^ Senarai Pegawai PDT Taiping
  4. ^ Senarai Wakil Rakyat
  5. ^ Pejabat Penghulu Mukim
  6. ^ See pages 86-88, Chapter 8 Malaysian Confrontations, Send A Gunboat: The Victorian Navy and Supremacy at Sea, 1854-1904, by Antony Preston & John Major, Conway, an imprint of Anova Books Ltd, London, UK, 2007 Revised Edition, ISBN 978-0-85177-923-2
  7. ^ Banyak yang pertama di Taiping
  8. ^ Pertama di Taiping
  9. ^ Sejarah Telekomunikasi Malaysia[pautan mati kekal]
  10. ^ Bukit Larut
  11. ^ "Latarbelakang Kementerian Kesihatan Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-10. Dicapai pada 2012-01-31.
  12. ^ Kereta api pertama Di Malaysia, Taiping
  13. ^ "Sejarah Penjara - Jabatan Penjara Taiping". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-25. Dicapai pada 2012-01-31.

Pautan luar

  • Majlis Perbandaran Taiping, Laman web rasmi Majlis Perbandaran Taiping
  • Peta-peta tentang Taiping, Peta Taiping
  • Zoo Taiping Dan Night Safari, Laman web rasmi Zoo Taiping
  • Sejarah Taiping[pautan mati kekal]
  • (Inggeris) Initiatif Kedamaian Taiping Diarkibkan 2006-12-07 di Wayback Machine, Laman web rasmi Kedamaian Taiping
  • Jabatan DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan Diarkibkan 2006-12-16 di Wayback Machine, Laman web rasmi Jabatan DYMM Sultan Perak
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping • Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category