Aneurisme

Aneurisme
Angiografi aneurisme di arteri otak. Aneurisme digambarkan sebagai bonjolan besar di tengah gambar.
PengkhususanPembedahan vaskular
GejalaTiada, sakit kepala, sakit perut, sakit belakang, kejutan peredaran darah[1]
Kerumitanpembentukan bekuan darah, pemecahan saluran darah[2]
Permulaan biasa
Usia tua[2]
Jenisaneurisme aorta, aneurisme serebrum, aneurisme arteri popliteum, aneurisme arteri mesenteri, aneurisme arteri koronari, aneurisme arteri limpa[1][2]
Faktor risiko
Sejarah keluarga, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol tinggi, merokok, kecederaan pada arteri[1]
Kaedah diagnosis
Pengimejan perubatan[1]
RawatanPerubahan gaya hidup, pembedahan[1]
KekerapanOtak ~4%,[3] aorta ~2.5%[4]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Aneurisme ialah bonjolan seperti belon yang paling biasa berlaku pada dinding arteri.[5] Pada mulanya selalu tiada gejala.[1] Apabila simptom berlaku, ia bergantung pada lokasi aneurisme dan mungkin termasuk sakit kepala, sakit perut, sakit belakang dan kejutan peredaran darah.[1] Komplikasi mungkin termasuk pembentukan bekuan atau pecah.[2]

Faktor risiko terlibat termasuklah sejarah keluarga, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok dan kecederaan pada saluran darah. [1] Walaupun mana-mana arteri boleh terjejas, aneurisme paling kerap berlaku di aorta. [2] Antara jenis lain aneurisme termasuklah aneurisme otak, aneurisme arteri popliteus, aneurisme arteri mesenteri, aneurisme arteri koronari, dan arteri limpa.[1][2] Diagnosis aneurisme adalah berdasarkan pengimejan perubatan.[1]

Pengurusan terhadap aneurisme termasuklah perubahan gaya hidup dan pembedahan.[1] Pengesyoran untuk pembedahan bergantung pada arteri jenis yang mana satu. [2] Pembaikian aneurisme aorta biasanya disyorkan apabila ia melebihi diameter 5 cm, manakala aneurisme otak biasanya dibaiki jika saiznya melebihi 7 mm atau melibatkan peredaran posterior . [4] [3] Aneurisme di lengan biasanya dibaiki sebaik sahaja ditemui manakala di kaki dibaiki apabila saiznya dua kali normal. [2]

Aneurisme otak menjejaskan kira-kira 4%, manakala aneurisme aorta menjejaskan kira-kira 2.5% populasi manusia.[4][3] Warga emas lebih cenderung untuk terjejas.[2] Huraian berkenaan aneurisme paling awal tercatat dalam teks Mesir dan India purba.[6] Perkataan "aneurisme" berasal dari bahasa Yunani: ἀνεύρυσμαcode: grc is deprecated , aneurysma, yang bermaksud "lebar".[7]

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i j k "What is an Aneurysm?". www.heart.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2021. Dicapai pada 27 February 2021.
  2. ^ a b c d e f g h i "Aneurysms of Arteries in the Arms, Legs, Heart, and Brain - Heart and Blood Vessel Disorders". Merck Manuals Consumer Version (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 March 2021. Dicapai pada 27 February 2021.
  3. ^ a b c "Brain Aneurysms - Neurologic Disorders". Merck Manuals Professional Edition (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 May 2021. Dicapai pada 27 February 2021.
  4. ^ a b c "Abdominal Aortic Aneurysms (AAA) - Cardiovascular Disorders". Merck Manuals Professional Edition (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2021. Dicapai pada 27 February 2021.
  5. ^ "Aneurysms". Society of NeuroInterventional Surgery. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-25. Dicapai pada 2021-02-23.
  6. ^ Sakalihasan, Natzi; Kuivaniemi, Helena; Michel, Jean-Baptiste (2008). Aortic (dalam bahasa Inggeris). Editions du CEFAL. m/s. 23. ISBN 978-2-87456-061-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-05. Dicapai pada 2021-02-27.
  7. ^ Bhardwaj, J. R. (2011). Boyd’s Pathology (dalam bahasa Inggeris). Wolters kluwer india Pvt Ltd. m/s. 578. ISBN 978-81-8473-511-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-05. Dicapai pada 2021-02-27.